suria

Aliff Syukri tak peduli netizen kata muzik video Bobo Dimana 'nampak murah'

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menafikan lagu Bobo Dimana nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucintaluna tiada persamaan dengan sebuah lagu berjudul Semalem Bobo Dimana, juga ciptaan komposer Indonesia.

Roy Ricardo menerusi saluran Youtube rasminya mendakwa Bobo Dimana diciplak daripada lagu Semalem Bobo Dimana

Lagu Semalem Bobo Dimana dendangan Roy Ricardo itu dilancarkan pada 24 April 2014 menerusi saluran YouTube.

“Sebagai penyanyi saya yakin lagu Bobo Dimana langsung tiada persamaan dengan lagu lain yang dimaksudkan itu.

“Malah penulis lirik dan komposer lagu saya telah menjawab isu ini di Indonesia, dia (Roy Ricardo) sekadar mahu menumpang populariti kami,” katanya kepada mStar Online.

Petikan klip video lagu Bobo Dimana yang dikatakan tidak berkualiti

Aliff ditemui pada sidang media program Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung di Palace of the Golden Horses pada Rabu.

Pelakon filem Badang ini turut diumumkan sebagai penaja utama program yang sudah memasuki musim kelima ini.

GV5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini bermula 30 September ini.

aliff syukri, nur sajat


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi