suria

Neelofa tak pakai barang mahal kalau tak mampu

USAHAWAN selebriti Neelofa meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap pengguna dan pembeli barangan tiruan.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia tidak ketinggalan berhadapan isu berkenaan apabila bisnes tudung yang diusahakannya turut menjadi sasaran peniaga tidak bertanggungjawab.

“Saya turut menghadapi masalah sama apabila tudung keluaran saya menjadi mangsa barangan tiruan. Lebih mengecewakan kerana tudung asli dijual pada harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM100,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa berkata demikian bagi mengulas mengenai kewujudan sebuah akaun Instagram yang membongkar pengguaan barangan tiruan dalam kalangan artis dan selebriti media sosial.

Katanya, pendedahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu berkenaan.

“Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan,” katanya.

Neelofa kerap kali dilihat menggayakan barangan berjenama mewah. FOTO: Instagram Neelofa

Pelakon dan pengacara ini ditemui pada program khidmat masyarakat bersama Starbucks dikenali sebagai My Cups of Kindness with Neelofa bertempat di ibu negara pada Rabu.

Minggu lalu kecoh apabila satu akaun Instagram @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan.

Antara selebriti yang didakwa menggayakan barangan tiruan ialah Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.

neelofa


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi