suria

Betul ke tiada wanita sudi jadi kekasih Aiman Tino?

PENYANYI Aiman Tino mengakui dirinya masih lagi bujang dan belum dimiliki oleh mana-mana wanita.

Bagaimanapun, Aiman berkata, dia kini sedang mengenali ramai gadis dan berasakan terlalu muda untuk memikirkan tentang cinta.

"Tak ada kekasih lagi, tak ada siapa yang sudi!

"Macam sekarang ini saya ada ramai kawan perempuan, orang kata dalam proses mengenali terlebih dahulu.

"Kalau rasa sesuai barulah fikirkan tentang cinta," katanya kepada mStar Online.

Menerusi siaran program Bizibody bertarikh 14 Januari lalu, Aiman mendedahkan beberapa kriteria yang perlu ada pada bakal kekasihnya itu.

Antaranya ialah bertudung, hormat orang tua dan haruslah pandai menjaga hatinya.

"Ciri-ciri gadis idaman saya mestilah bertudung, hormat orang tua dan pandai menjaga hati Aiman," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Aiman Tino


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi