suria

“Haqiem Rusli mungkin mempunyai kesihatan mental tidak baik” - Pakar

ISU depresi dan kemurungan mula menarik perhatian masyarakat kerana masalah itu boleh memudaratkan kualiti kehidupan.

Lebih-lebih lagi apabila penyanyi Haqiem Rusli memaklumkan kepada umum dia mengalami tanda-tanda depresi sehingga mahu menamatkan karier nyanyian.

Sehubungan itu mStar menemui pakar psikiatri dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Hazli Zakaria bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penyakit ini.

Dr. Hazli berkata, dalam menilai tahap kesihatan Haqiem, remaja berusia 20 tahun itu perlu menjalani pemeriksaan dan ujian daripada pakar terlebih dahulu.

Ujarnya, tahap depresi tidak boleh diukur dengan pandangan kasar semata-mata.

"Saya tidak membuat penilaian secara langsung, tapi dari apa yang saya dapati dia mungkin mempunyai kesihatan tidak baik, mungkin kerana stress.

"Penting untuk dia berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan dan melalui penilaian, agak sukar menilai daripada luaran sahaja," katanya kepada mStar Online.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Haqiem Rusli, Hazli Zakaria


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi