suria

Khai Bahar beritahu punca jarang 'live' di IG

PENYANYI Khai Bahar mengakui semakin jarang berinteraksi bersama peminat di laman sosial.

Menurut Khai, kesibukan kerja membuatkan dia terpaksa mengurangkan aktiviti bersiaran langsung di Instagram.

"Sekarang ni saya dah kurang berinteraksi dengan peminat menerusi live Instagram.

Sebelum ini, Khai kerap berinteraksi secara langsung bersama peminat di laman Instagram.

"Agak sibuk dengan undangan nyanyian dan saya perlu mendapatkan tidur tujuh jam sehari, jadi habis kerja memang terus tidurlah.

"Mujur peminat faham dan mereka sendiri minta saya berehat selepas selesai kerja," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Khai berkata dia bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

Ditanya mengenai lakonan, penyanyi lagu Luluh ini memberitahu belum bersedia bergelar pelakon.

Khai Bahar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi