suria

Lepas raya di Perak, Mira Filzah terbang ke Taiwan

PELAKON Mira Filzah memberitahu tahun ini dia dan keluarga akan pulang beraya di Ipoh, Perak dan akan terbang ke Taiwan tidak lama lagi.

Mira berkata dia bercuti selama dua minggu bagi meraikan hari raya Aidilfitri.

"Macam biasalah, saya akan beraya di Ipoh, Perak dan bercuti selama dua minggu.

Mira Filzah.

"Inilah waktu untuk bertemu dengan keluarga dan sanak-saudara.

"Lagipun, sebelum ini saya agak sibuk dengan penggambaran dan kerja, jadi hari raya merupakan peluang untuk bersama mereka," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Mira turut memberitahu dia akan terbang ke Taiwan selepas menyambut hari raya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Mira Filzah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi