SEORANG ahli geng mamak maut manakala rakannya cedera selepas terkena tembakan polis di Taman Melawati pada selasa.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, kedua-dua penjenayah yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki dikatakan cuba merempuh kenderaan anggota polis sebelum tembakan.
Hasil siasatan terhadap kereta yang dinaiki penjenayah, polis menemui 16 nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sepucuk pistol.

























































































































































