POLIS berjaya melumpuhkan mini kasino yang baharu sahaja beroperasi di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Jambu, Padang Serai, Kulim, Kedah pada petang Isnin.
Dalam serbuan tersebut, seramai 58 orang termasuk anggota sindiket perjudian ditahan bersama-sama lebih RM 40,000 wang tunai.

























































































































































