PELBAGAI kisah menjadi sajian pembaca sepanjang minggu ini.
Antara yang tersenarai dalam Top 5 Viral di mStar, kisah seorang pemuda yang mengusik bapanya apabila selamba untuk menjadi imam semasa hendak solat berjemaah.
Turut mencuri tumpuan, kisah baju batik beraneka warna yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Juga kisah menyentuh hati, dua beranak yang membantu menjahit tali beg milik seorang runner yang putus.
Turut tular mengenai seorang rider yang menunggang motosikal untuk membuat servis penghantaran, meskipun kedua-dua tangannya kudung.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjadi perhatian netizen.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

























































































































































