Top 5 Viral: Pelajar tamat SPM berpesta sakan, Mufti Wilayah kongsi pandangan hukum cerai isteri ketika hamil

PELBAGAI kisah viral menjadi perhatian netizen minggu ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkongsi pandangannya mengenai hukum seorang suami menceraikan isteri sewaktu hamil menjadi perhatian umum, sejurus selepas kontroversi yang melanda Da'i Farhan baru-baru ini.

Selain itu, kisah seorang pelajar yang dikecam gara-gara menconteng baju sekolahnya untuk meraikan tamatnya peperiksaan SPM.

Turut dipaparkan, pengalaman misteri seorang lelaki yang pernah bekerja di sebuah hotel popular bertaraf lima bintang di Pulau Pinang satu ketika dahulu.

Kisah seorang wanita berdepan detik cemas, di mana keretanya ditahan lelaki warga asing ketika berhenti di sebuah hentian rehat dan rawat turut dipaparkan.

Selain itu, dipaparkan juga kisah seorang abang yang membuat video tribute bagi memperingati adiknya yang meninggal dunia akibat menghidap kanser Sarcoma, bulan lalu.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi