Ini jawapan Hans Isaac isu dakwaan ‘kantoi’ bercuti ke Maldives - Video | mStar

Ini jawapan Hans Isaac isu dakwaan ‘kantoi’ bercuti ke Maldives

PELAKON dan penerbit filem, Datuk Hans Isaac mengakui sudah menjalin hubungan cinta selepas membatalkan perancangan untuk berkahwin dengan seorang model pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Hans, 47, dia tidak akan mendedahkan identiti wanita berkenaan sehingga tiba masa yang sesuai.

"Saya ada kekasih, mungkin saya akan kahwin nanti tapi tak tahulah.

“Namun saya tidak boleh beritahu siapa dia, saya akan beritahu nanti," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian mewah Neelofa di vila RM200,000 dapat pujian netizen

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac ditemui ketika sidang media memperkenalkan 12 peserta program Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Hans turut menafikan dakwaan kononnya dia bersama pelakon dan pengacara Neelofa bercuti ke Maldives baru-baru ini.

Hans didakwa bercuti ke Maldives

“Tak, saya di lapangan terbang tu... KLIA dan sedang menuju ke tempat lain.

“Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya. Seronok kalau dapat pergi Maldives, mahal tempat tu,” tambah Hans.

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas tersebarnya gambar Hans bersama peminat yang mendakwa mereka terserempak dengannya di lapangan terbang.

Lebih menimbulkan spekulasi apabila peminat tersebut menyatakan berada di Maldives pada gambar yang dimuat naik bersama Hans yang mana pelakon cantik manis itu juga turut berkongsi gambar di resort mewahnya di pusat peranginan itu.

hans isaac

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel