suria

"Jangan samakan dengan orang banyak unsur negatif" - Penyanyi mirip Safiey Ellias

PENYANYI baru Aril Fazrie meluahkan rasa tidak selesa apabila didakwa memiliki wajah mirip pengasas produk kosmetik kontroversi, Safiey Illias.

Aril, 23, berkata perkara itu makin ketara selepas klip video single pertamanya berjudul Ku Mahu dihujani komen netizen.

Aril rimas dikatakan seiras Safiey Illias

“Saya baca setiap komen, paling terkesan ialah apabila ramai yang katakan wajah saya saling tidak tumpah dengan Safiey Illias.

“Saya pelik juga, bahagian mana yang sama? Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan orang yang banyak sangat (unsur) negatif kerana saya tidak seperti dia," katanya kepada mStar Online.


Aril dikatakan membawa imej 'budak baik'

Aril yang mula dikenali sebagai selebriti media sosial ini ditemui ketika hadir bagi menjayakan sesi fotografi di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Sementara itu mengulas mengenai komen negatif netizen mengenai perwatakannya yang dilihat agak feminin, Aril bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Mungkin orang nampak imej saya macam 'budak-budak baik'. Tapi sejujurnya saya tidak lembut seperti yang disangka.

"Saya juga sedar ada pihak tersalah anggap kerana pernah muncul dalam beberapa video yang dihasilkan individu yang pernah dilanda isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” kata Aril.

aril fazrie


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi