suria

Akhirnya Sufian Suhaimi Jawab Isu Tak Mampu Simpan RM20 Sehari

SUNGGUHPUN berkeras enggan memanjangkan kisah putus tunang dengan pelakon Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui bahawa kontroversi berkenaan memberi impak luar biasa terhadap single terbaharunya, Di Matamu.

Ketika menjadi tetamu segmen Ceritera pada Selasa lalu, Sufian menjawab pelbagai spekulasi peminat mengenai muzik video Di Matamu yang dikatakan sebagai bayangan kepada perjalanan kisah peribadinya sendiri.

Sufian nafikan lagu tersebut ada kaitan dengan kisah putus tunangnya.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir ini juga mengulas mengenai isu gagal untuk 'move on' serta dakwaan kononnya dia berhadapan isu kewangan sebelum menjelangnya majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 23 Mac lalu.

Bersama penyampai Suria, Tyzo, kami bawakan temu bual mStar Online dengan Sufian Suhaimi.

Anda dengar, tonton dan nilailah sendiri.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi