suria

Pantang Dicabar, Ahmad Idham 'Panjat' Pejabat SPRM

PENGARAH dan penerbit Ahmad Idham menyahut cabaran Pengerusi Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan pawagan bagi filem Hantu Wangan arahannya.

Ia susulan kekecewaan yang dibangkitkan Ahmad Idham terhadap badan itu apabila filem terbaharunya hanya wajib ditayangkan di 25 pawagam di seluruh negara.

"Keputusan mereka memberi persepsi yang amat negatif mengenai filem saya kepada masyarakat.

"Saya ingin tahu adakah keputusan jawatankuasa Skim Wajib Tayang itu telus?," katannya kepada mStar Online.

Pada Selasa pengarah filem Adnan Semp-it itu membuat kunjungan ke pejabat SPRM bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

"Kebetulan salah seorang daripada ahli PPIM turut menerima nasib sama daripada keputusan Skim Wajib Tayang mengenai agihan pawagam.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah perbincangan sudah dimulakan, langkah-langkah seterusnya bakal menyusul," katanya.

Sebelum ini Ahmad Idham meluahkan rasa kecewanya terhadap jawatankuasa Skim Wajib Tayang yang hanya memberikan 25 pawagam untuk filem terbaharu arahannya ditayangkan.

Namun permintaan pengarah dan penerbit ini untuk memohon 40 pawagam akhirnya dipenuhi selepas beberapa kali rayuan dikemukakan.

Filem Hantu Wangan bergenre romantik, komedi dan seram itu bakal menemui penonton bermula Khamis, 22 Mac.

ahmad idham, sprm


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi