suria

Aksi berbahaya cara pemuda ini promosi kafe, pengorbanan mula buahkan hasil - “Jualan raya kali ini 2 kali ganda”

TINDAKAN berani seorang pemilik kafe di Kemaman Terengganu melakukan aksi berbahaya demi mempromosikan perniagaannya ternyata membuahkan hasil.

Mana tidaknya, aksi lasak dilakukan Haris Danish, 25, berjaya mendapat tontontan sebanyak 7.8 juta di TikTok dan ramai mula mengenali kafenya iaitu Sini Roadside.

Danish bagaimanapun memberitahu ramai meluahkan rasa bimbang dengan aksi berbahaya dilakukan malah ada memintanya menukar teknik pemasaran digunakan kerana ia tidak berbaloi.

Tenang dan positif dengan semua teguran membina netizen, Danish memberitahu itu adalah harga pengorbanan perlu dilakukan demi perniagaan kecil-kecilannya.

“Bagi saya itu adalah satu pengorbanan, walaupun sakit tapi saya masih lagi boleh tahan tetapi sekiranya melampau saya akan terus hentikan.

“Hanya 20 peratus sahaja yang memberikan komen-komen negatif namun selebihnya terhibur malah ada minta untuk saya buat lagi.

“Cara ini sebenarnya mendatangkan keuntungan, kalau ikutkan kami dapat meraih dua kali ganda keuntungan daripada raya sebelum ni, jadi saya rasa sangat bersyukur,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Danish bersyukur dengan rezeki yang sedia ada namun jika diberikan peluang dia mahu membuka cawangan pada masa akan datang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi