suria

Momen pemuda disambut rakan-rakan selepas keluar penjara bikin netizen sebak... Ramai cakap persahabatan lelaki lebih kuat

SEJAHAT mana pun dia... dia tetap sahabat yang perlu dibantu.

Demikian antara komen netizen tatkala melihat aksi seorang pemuda bernama Noor Sharizal Noor Azmi, 21, bersalaman dan berpelukan dengan rakan-rakan yang menunggunya di depan Penjara Kajang.

Momen itu membuatkan ramai terharu kerana sekurang-kurangnya Sharizal masih dikelilingi sahabat sejati yang sedia membantunya untuk bangkit daripada kisam silam.

“Saya teruja dan bangga dengan mereka. Walaupun mereka sedang bekerja tapi sanggup datang untuk sambut saya.

“Daripada situ saya nampak mereka punya keikhlasan nak berkawan tu,“ Katanya kepada mStar.

Sharizal sebenarnya dibebaskan pada 17 November setelah selesai menjalani hukuman penjara selama setahun di Penjara Kajang kerana kesalahan mengambil ketum.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

viral, ketum, keluar penjara, persahabatan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi