Orang 'jambu' macam saya pun boleh jadi jahat! - Zoey Rahman - Video | mStar

Orang 'jambu' macam saya pun boleh jadi jahat! - Zoey Rahman

PELAKON dan pengacara Zoey Rahman tidak menyangka video prank yang dihasilkan bersama penyampai radio Gegar pada Oktober lalu membantu menaikkan kembali namanya.

Akui Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia kembali meraih populariti dalam masa singkat walaupun menerima reaksi yang pelbagai.

"Saya tak kisah orang nak cakap apa, sekarang zaman netizen. Kadang-kadang mereka bantu untuk naikkan nama kita.

"Jadi kepada netizen tu, buatlah apa sahaja kerana yang penting saya kenal diri sendiri," katanya kepada mStar Online.


Video pergaduhan sekadar prank

Zoey, 33, ditemui pada malam Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini.

Sebelum ini pengguna media sosial dikejutkan dengan video perang mulut antara Zoey dan penyampai Gegar FM iaitu Shah Mohammad.

Kedua-dua selebriti berkenaan berkongsi rasa tidak puas hati di Instagram, namun semuanya terjawab apabila masing-masing mendedahkan ia sekadar rancangan untuk mengenakan penyampai lain bersempena sambutan hari lahirnya.

Zoey ambil positif kritikan netizen

“Ramai peminat meluahkan rasa tidak percaya mereka apabila menonton video tersebut? Mereka tak sangka saya sebenarnya garang sebegitu.

“Tapi saya ambil positif dan nak yakinkan bahawa orang jambu macam saya juga boleh melakonkan watak jahat ,” tambah Zoey.

zoey rahman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu