"Harga diri pelakon veteran macam besi buruk, jual timbang kati" - Jalil Hamid - Video | mStar

"Harga diri pelakon veteran macam besi buruk, jual timbang kati" - Jalil Hamid

PELAKON veteran Jalil Hamid menjadi perhatian industri hiburan selepas meluahkan kekecewaannya mengenai tawaran harga rendah bagi menjayakan watak tertentu dalam sebuah produksi.

Susulan itu Jalil, 61, ditempelak segelintir pihak kononnya dia tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan apabila menyuarakan isu berkenaan secara terbuka.

Luahan Jalil Hamid di media sosialnya

"Bukannya tidak bersyukur, (dapat) tawaran itu bagus tapi bayarannya biarlah kena pada tugas yang akan digalas.

"Saya juga pertimbangkan harga, bukan nak letak harga tinggi. Tapi biar jujur... tapi kalau dah seolah-olah macam tak ada harga, saya memang tak akan (terima)," katanya kepada mStar Online.

Pelakon utama filem Bisik Pada Langit itu ditemui semasa sidang media Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung pada Selasa.

Selain itu Jalil turut meluahkan mengenai layanan berbeza yang diterima pelakon senior seperti berbanding selebriti ternama lain.

Jalil dedah artis veteran diberi layanan 'double standard'

"Sekarang orang meletakkan harga diri individu berpaksi kepada pangkat, kasihan artis-artis yang tiada kedudukan dilayan umpama tiada harga diri.

“Malah wujud situasi apabila artis veteran hanya disediakan bilik ala kadar...setakat untuk tidur.

"Tapi lain pula bagi artis yang ada ranking apabila mereka menerima bilik hotel yang jauh lebih istimewa," tambah Jalil.

jalil hamid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel