SELEPAS tular mengenai perkhidmatan ucapan berbayar yang dimulakan pelakon Janna Nick, kini idea tersebut menjadi ikutan beberapa selebriti lain.
Walaupun pada mulanya perkhidmatan seumpama itu mendapat kecaman netizen, namun ia makin berkembang kerana adanya permintaan dalam kalangan pengguna media sosial.
Takaharasuiko mengenakan bayaran RM50 untuk setiap jingle yang dihasilkan
Antara yang menawarkan khidmat sedemikian adalah pelakon Mawar Rashid dan terbaru, penyanyi Takahara Suiko yang juga vokalis untuk kumpulan The Venopian Solitude.
Takahara bagaimanapun melangkah setapak ke hadapan apabila menawarkan khidmat yang lebih kreatif dengan menghasilkan lagu pendek atau jingle khas mengikut permintaan pelanggan dengan bayaran RM50.
Takaharasuiko berterima kasih kepada Janna Nick
Setakat ini dia telah menerima lebih 60 pesanan jingle ucapan hari lahir

























































































































































