suria

“Aqish dah sihat” - Wajah ceria Puteri Balqis

PELAKON Puteri Balqis memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan kembali sihat.

Menerusi siaran langsung di laman Instagram, kelihatan Balqis ceria dan seronok beriadah di taman permainan.

"Aqish sudah sihat sikit. Aqish dah boleh lari-lari dan sudah makan. Nanti doakan supaya Aqish lebih sihat ya.

Puteri Balqis pelakon cilik berbakat besar.

"Aqish ada surprise, Aqish dah potong rambut," katanya.

Kisah Balqis mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram bersama tanda pagar #fightcancer.

Ibu Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz memaklumkan kepada mStar Online, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan pakar.

Dia juga mengharapkan keadaan Balqis kembali pulih dan akan berkongsi berita baik dengan peminat.

Balqis bersama ibunya, Norashikin.

Sebelum ini, menerusi laporan portal berita, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Manakala, ruang komen akaun Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis telah ditutup.

Puteri Balqis


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi