suria

“Dah tua nanti, tak larat nak berlakon” - Che Ta

PELAKON Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berkata fokusnya kini lebih kepada bidang perniagaan berbanding kerjaya lakonan.

Menurut Che Ta, 45, bekerja sendiri memudahkannya mengatur waktu untuk keluarga kerana tidak terikat dengan jadual lakonan yang padat.

"Penat lah berlakon, saya pilih bisnes sebab nak ada masa untuk keluarga. Kalau berlakon jadual ditentukan sebab kita kerja dengan orang.

Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan anak, Aaisyah Dhia Rana.

"Apabila kita berniaga kita boleh tentukan semuanya. Tapi yang penting kita kena fokus, tak boleh main-main.

"Iyelah, bila dah tua nak berlakon nanti dah tak larat, jadi berniaga ni akan menjamin masa depan yang lebih cerah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui semakin serasi dan selesa bergelar usahawan.

"Kalau tanya antara lakonan dan perniagaan, saya lebih suka teruskan bidang perniagaan.

Tonton video penuh yang disediakan mStar online ini.

Rozita Che Wan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi