suria

Viral pengantin duduk terkangkang rupa-rupanya Janna Nick!

BARU-BARU ini tular rakaman video seorang pengantin perempuan kelihatan duduk dalam keadaan kurang sopan semasa majlis pernikahan di sebuah masjid.

Rakaman yang tular di laman Facebook itu menarik minat netizen yang tidak mengetahui pengantin tersebut merupakan pelakon Janna Nick.

Menurut Janna, video tersebut diambil semasa dia sedang menjalani penggambaran drama Semerah Cinta Humairah.

Janna Nick semasa penggambaran drama Semerah Cinta Humairah.

"Tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi.

"Saya minta maaf kalau ada yang kata kurang sopan. Masa itu saya tengah rehatkan badan dan nak selesakan diri sebelum memulakan babak

"Ada orang ingat itu betul-betul aksi semasa majlis pernikahan. Tapi sebenarnya hanya penggambaran drama. Tak mungkinlah pengantin duduk macam itu masa nak bernikah," katanya kepada mStar Online.

Janna ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar pada Rabu.

Sementara itu, Janna turut berkongsi pengalamannya menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Janna Nick


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi