suria

Tipulah kalau tak pernah gaduh - Ika Nabella

PELAKON Ika Nabella berkata dia dan suami sentiasa menantikan khabar gembira mengenai zuriat.

Menurut Ika, selepas mengalami keguguran kira-kira setahun yang lalu, dia dan suami kini hanya berserah kepada ketentuan Ilahi.

"Selepas alami keguguran, saya masih belum ada rezeki nak timang anak lagi. Apa pun, saya dan suami tenang sahaja dan terima jika rezeki itu datang dalam masa terdekat.

"Yang penting, kami sentiasa berdoa dan manalah tahu lepas ni saya disahkan mengandung," katanya kepada mStar Online.

Ika dan suami, Muhammad Zaid, 30, berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Sementara itu, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 ini turut berkongsi cerita mengenai kehidupan setelah hampir dua tahun melayari alam rumah tangga.

Malah, dia turut mendedahkan suaminya memberikan keizinan untuknya meneruskan bidang seni.

Ika Nabella


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi