suria

#BiziBody: Untunglah... Janna Nick 'gosok' tangan wartawan!

EPISOD #BiziBody minggu ini, Qarami selongkar beg yang dibawa pelakon dan penyanyi, Janna Nick. Tak sangka macam-macam dia bawa tau. Jangan terkejut tonton aksi 'gila-gila' Janna Nick itu.

Menurut Janna, dia bukanlah seorang yang terlalu gemar membawa barang-barang peribadi yang terlalu banyak. Cukuplah hanya barang yang penting sahaja.

"Saya hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, power bank dan yang paling penting adalah produk penjagaan diri, Sephia yang merupakan produk keluaran saya sendiri.

"Duit pun tak bawa banyak, bawa kad bank sahaja. Lebih selamat," katanya.

Sementara itu, Janna berkata dia seorang wanita yang lebih selesa bergaya ringkas ketika berada di luar rumah.

"Saya ni sempoi sahaja, tak perlu bergaya sangat kalau dekat luar. Sekadar pakai apa yang ada," katanya.

Ayuh saksikan video temubual bersama Janna Nick untuk segmen #Bizibody.

Bizibody, Janna Nick


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi