suria

Kejar waktu bukan ‘excuse!’ Tak ada keuzuran, tak boleh solat dalam kereta kata mufti

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff bersolat dalam kereta terus menjadi perdebatan netizen. Rata-rata memberikan komen negatif dan mempersoalkan perbuatan pelakon kontroversi ini.

Justeru, mStar Online mendapatkan penjelasan ahli agama bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan netizen.

Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengejar waktu sehingga terpaksa bersolat dalam kereta adalah alasan yang kurang tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia urusan saya dengan Allah"- Rakaman Fathia solat dalam kereta jadi pertikaian

Sebelum ini, video pelakon Fathia Latiff sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia Latiff.

Video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam," katanya.

Tonton video penuh temubual mStar Online bersama Datuk Mufti Kelantan dan pendakwah bebas PU Azman.

Mufti Kelantan, PU azman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi