suria

Setiap hari Neelofa jadi mangsa buli, seru mangsa ambil tindakan

PENGACARA Neelofa berkata dia pernah menyendiri dan menangis di dalam bilik apabila menjadi mangsa buli siber.

Menurut Neelofa, sepanjang sembilan tahun berada dalam industri hiburan, dia menerima pelbagai bentuk kecaman dan sering dibuli di laman sosial.

"Saya membesar dalam industri ini sejak saya berusia 20 tahun dan saya telah menerima pelbagai bentuk buli siber.

Neelofa pernah menyendiri kerana buli siber.

"Saya pernah menyendiri dan menangis dalam bilik kerana tertekan dengan perkara tersebut.

"Malah, sehingga hari ini boleh dikatakan setiap hari saya masih dibuli di laman sosial, sehinggakan hal itu sudah menjadi biasa kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran kempen berkenaan yang dianjurkan bersama pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac pada pagi Selasa.

Selebriti Neelofa dan Datuk Hans Isaac bergabung tenaga bagi menjayakan Kempen Anti Buli Siber.

Kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Turut hadir pada acara itu adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekskutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Selebriti terkenal tanah air turut bergabung tenaga menyokong kempen tersebut. 

Sementara itu, Neelofa berkata, dia bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa memahami dan menyokong kerjaya seninya.

Ujarnya, setiap ucapan dan kata-kata semangat yang diberikan mereka membuatkan dirinya lebih kuat berdepan ujian tersebut.

"Saya bertuah kerana dikelilingi keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa memberi sokongan.

"Kadang-kadang mesej ucapan semangat yang mereka berikan sudah cukup membuatkan saya jadi lebih kuat untuk melalui perjalanan sebagai anak seni," katanya.

Neelofa


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi