suria

Zizi Kirana dah jumpa calon suami? Mungkin kahwin lepas PRU

PENYANYI Zizi Kirana mengakui sudah lama mengenali pelakon Alif Hadi dan selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Zizi, 32, menafikan dakwaan dan gosip mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan aktor tampan itu.

"Kami hanya teman rapat, mana mungkin bercinta. Tak mahulah bercinta-cinta ini, nanti bosan.

"Sejujurnya, saya selesa berkawan dengannya kerana dia sangat memahami saya. Nak bercakap dengan dia pun senang, kiranya kami serasilah.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice cuba 'tackle' di Instagram, ini jawab Zizi Kirana!

ARTIKEL BERKAITAN: Sedikit Je Seksi... Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana

Zizi selesa berkawan dengan Alif.

"Tapi kalau dah tertulis jodoh bersama, saya reda sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Alif turut berkongsi pendapat yang sama dan tidak mahu ambil pusing dengan kritikan orang ramai mengenai penampilan Zizi.

"Biarlah orang nak kata apa pun. Soal pakaian Zizi, itu hanyalah penampilan dia sahaja, hatinya baik.

"Tunggulah kad jemputan, mungkin lepas pilihan raya umum nanti kami kahwin," usiknya.

Alif tak mahu ambil pusing kritikan netizen terhadap penampilan Zizi.

Sebelum ini, mStar Online bertarikh 23 Mac melaporkan bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat itu menyenaraikan 14 kriteria perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki yang berhajat memikatnya.

Antara syarat yang ditetapkan ialah bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Zizi Kirana, Alif Hadi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi