TINDAKAN dua lelaki meragut telefon bimbit milik seorang wanita akhirnya memakan diri apabila wajahnya dirakam menerusi Facebook 'Live' dan menjadi tular di media sosial.
Dalam kejadian itu, mangsa melakukan penstriman secara langsung menerusi laman Facebook bersama seorang lagi rakannya di sebuah kawasan perumahan di Indonesia.
Mereka kemudiannya didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak meragut mangsa sebelum melarikan diri.

























































































































































