suria

Video Mirip Aliff Aziz Di Pusat Karaoke Tersebar

KETIKA kontroversi membabitkan rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz hangat diperkatakan, muncul klip video yang memperlihatkan pasangan lelaki dan perempuan jalan berpimpinan tangan dipercayai dalam sebuah pusat hiburan.

Berdasarkan klip yang dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu kelihatan mengenakan kemeja-T berwarna gelap dengan tulisan putih di bahagian dada serta memakai kaca mata hitam dan bertopi.

Klip berkenaan dikongsi pengguna Facebook menggunakan nama Ziman de Fourthyseven dengan kapsyen 'bahasa rojak' "Biarlah ak kasih viral yaa sebab live depan mata neyh".

Aliff Aziz Pukul Isteri Dalam Pantang

Insiden Aliff Aziz Kantoi: “Kalau Afifah Salah, Dia Perlu Bertaubat” - Anzalna

Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik satu lagi klip pendek yang turut kedengaran suara seorang wanita.

"What are you doing...you ni kenapa?" demikian berdasarkan suara daripada klip tersebut.

Ketika berita ini ditulis, entri berkenaan telah dikongsi lebih 16,000 pengguna Facebook yang lain.

Rata-rata komen pada entri berkenaan mengaitkan dua rakaman tersebut dengan kes membabitkan Aliff dan isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah.

Aliff Aziz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi