SEORANG lelaki warga Afrika ditemui mati di dalam sebuah longkang tepi lebuhraya Batu 14, Plaza tol Bukit Puchong pada malam Rabu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Suprintendan Abdul Aziz Ali, mangsa yang lengkap berpakaian itu dipercayai mati lebih 6 jam dan siasatan masih dilakukan sehingga laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa selesai.

























































































































































