suria

Jabatan Imigresen Buru Pati, Ejen Haram Dan Pelindung

JABATAN IMIGRESEN yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim telah mengadakan operasi selama dua jam bermula pukul 9 malam Isnin melibatkan 104 pegawai dan anggota dari Ibupejabat Jabatan Imigresen dan Cawangan Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), 178 warga asing diperiksa.

Daripada jumlah itu, 49 ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, manakala empat lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal melebihi masa.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (16), Indonesia (35), Myanmmar dan India masing-masing satu.

Jabatan Imigresen


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi