suria

Anak baru satu, Jihan dah tak larat bawa badan

PENGACARA Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq.

Jihan, 35, berkata dia dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu.

"Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu.

"Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.

"Semenjak jadi ibu ni, memang masa sangat singkat sampai nak berjalan pun tak larat," katanya kepada mStar Online.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.

Tonton video yang disediakan mStar Online ini.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi