suria

Amy Search masih tak boleh 'move on' dengan cerita Annapurna

PENYANYI Amy Search mengakui masih belum 'move on' dan tidak boleh melupakan pengalaman yang dianggap paling berharga dalam hidupnya.

Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, dia masih teringat kenangan ketika menjejakkan kaki di Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal pada April lalu.

"Saya masih belum boleh 'move on' dan itu satu kenangan yang saya tak akan lupakan.

Amy di ABC pada April lalu.

"Pengalaman mendaki sangat mencabar, namun saya tak cepat mengalah dan teruskan perjalanan sehingga impian itu berjaya dicapai," katanya kepada mStar Online.

Amy ditemui semasa sidang akhbar Matrix raya Aidilfitri serta majlis berbuka puasa bersama media dan lagenda rock Malaysia di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada Rabu.

Dalam majlis tersebut, Search bergabung bersama kumpulan Spider dan Hujan bakal mengadakan konsert raya dilokasi sama pada 30 Jun depan.

Sementara itu, penyanyi berusia 60 tahun ini turut berkongsi rahsia mengekalkan tenaga di bulan Ramadan.

Tonton video temubual yang disediakan mStar Online.

Amy Search


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi