Dilabel tak relevan, Tajul minta peminat maafkan Wany Hasrita - Video | mStar

Dilabel tak relevan, Tajul minta peminat maafkan Wany Hasrita

PENYANYI Tajul berkata dia terkejut dengan kenyataan Bintang Paling Popular 2018, Wany Hasrita berhubung status mereka sebagai pasangan duet.

Mengakui pada mulanya agak terkilan, Tajul bagaimanapun segera berhadapan penyanyi lagu Menahan Rindu itu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Wany Hasrita didakwa keluarkan kenyataan duetnya bersama Tajul sudah tidak relevan

“Pada mulanya saya sangkakan ia sekadar gimik oleh syarikat rakaman yang dibuat tanpa pengetahuan saya. Namun pihak FMC nafikan.

"Jadi saya fikir ia memang betul luahan hati dia (Wany). Saya tak tahu apa-apa, kalau tak nak duet cakaplah tak nak, kenapa perlu cakap tak relevan?," kata Tajul ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pertelagahan hanya salah faham

Bagaimanapun kata Tajul, Wany memberitahu bahawa kekecohan yang timbul berpunca daripada salah faham antara dia dan pihak media.

Selain itu pelakon filem Enjin No.9 ini memohon agar netizen berhenti menghentam Wany yang dikatakan seakan lupa daratan.

Tajul mohon peminat maafkan Wany Hasrita

“Maafkanlah dia... dia dah kata tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya pun tak tahu (kebenarannya). Tapi dia perlu selesaikan dengan wartawan terbabit," katanya.

Setakat ini, Wany dan Tajul sudah menghasilkan tiga lagu duet iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci dan terbaru, Aku Serius.

tajul , wany hasrita
Semua
Hiburan
Berita
Variasi