“Dangdut atau asli tak takut sangat, jangan lagu rap je” - Jatt Black Dog Bone sedia bersaing di GV6 - Video | mStar

“Dangdut atau asli tak takut sangat, jangan lagu rap je” - Jatt Black Dog Bone sedia bersaing di GV6

BIARPUN usianya sudah mencecah usia 60-an, vokalis kumpulan terkenal Black Dog Bone iaitu Jatt masih lincah membuat persembahan pentas tambahan lagi bakal menyertai program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang bakal bermula 13 Oktober ini.

Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali, 63, menjelaskan dia kini hanya mengamalkan makan salad dan pelbagai jenis kacang demi menjaga kesihatannya.

“Tiada rahsia sebenarnya untuk kekalkan momentum dalam usia 60-an ni, cuma kini sudah beberapa bulan tak makan nasi. Saya amalkan makan salad dan beberapa lagi jenis kacang. Bayangkan isteri saya bawa bekal satu luggage besar penuh dengan salad semata-mata untuk menghadiri majlis hari ini.

“Tambahan lagi saya juga masih menyanyi seperti biasa, setiap hari saya saya menyanyi empat buah lagu untuk enam hari dalam seminggu. Mungkin itu rahsia saya kekal aktif,” kata Jatt kepada mStar.

Dalam pada itu, Jatt berkata, dia sudah bersedia menerima cabaran untuk bersaing di pentas GV6.

Bagaimanapun, kata Jatt, cabaran utama adalah menyanyikan lagu-lagu Melayu baharu yang jarang didengarnya.

“Saya bukan nak sombong cuma saya memang jarang dengan lagu-lagu Melayu sekarang, jadi ia mungkin menjadi cabaran buat saya.

“Dari segi genre saya tidak ada masalah dengan lagu dangdut atau asli tapi jangan lagu rap. Saya harap-harap tak dapatlah!” ujarnya.

jatt , black dog bone , gv6
Semua
Hiburan
Berita
Variasi