suria

“Saya tak 'handsome' kot” - Amir Masdi

PENYANYI Amir Masdi mengakui masih mempunyai banyak kelemahan dalam bidang seni yang menyebabkan bakatnya dipandang sepi biarpun sudah mempunyai tiga buah lagu.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 23, menjelaskan perkara itu selepas sedar dia gagal memikat hati peminat biarpun menjadi juara program Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

Amir Masdi akui bingung bakatnya dipandang sepi

“Saya sendiri bingung, mungkin terlalu banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki, mungkin juga personaliti tidak semegah artis lain.

“Sejujurnya saya akui masih lemah dalam 'permainan' mempromosikan diri, malah imej yang saya bawa seakan gagal memberi kesan kepada peminat.

Penyanyi lagu puas ini ditemui pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amir menyangkal desas-desus bahawa nasib yang menimpanya itu disebabkan dia kurang gemar bergaul dengan selebriti lain.

Amir nafi bersikap 'kera sumbang'

“Tipulah kalau saya tidak berkawan dengan penyanyi muda lain, Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan merupakan antara kenalan rapat saya di dalam industri.

“Mungkin juga kerana saya tidak mempunyai wajah tampan seperti lain,” jelas Amir.

amir masdi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi