suria

Haziq tinggalkan Putera Band, minta maaf kepada peminat

VOKALIS Putera Band, Haziq mengumumkan dia bakal bergerak solo dan tidak lagi bersama kumpulan berkenaan.

Menurut Haziq, keputusan itu dicapai setelah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan dan ahli kumpulan yang lain.

"Selepas ini saya ada projek baru secara solo bukan lagi bersama Putera Band. Saya terpaksa menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

"Kami ahli kumpulan semua OK sahaja, macam biasa dan sudah berbincang mengenai hal ini. Sebenarnya, keputusan ini baru sahaja dicapai dan akan dikongsi lebih lanjut nanti.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan teruskan dalam bidang nyanyian meskipun bergerak sendiri," katanya kepada mStar Online.

Putera Band.

Haziq ditemui selepas selesai program siaran langsung MeleTOP dan sidang media Anugerah MeleTOP 2019 yang diadakan di Astro pada malam Selasa.

"Kemungkinan single solo saya akan dikeluarkan bulan depan dan harap perjalanan karier saya dipermudahkan.

"Pertamanya saya nak minta maaf kerana meninggalkan Putera Band dan harap anda semua terus menyokong kami. Terima kasih," ujarnya.

Putera Band dianggotai oleh Haziq, 19, selaku vokalis, Alepp, 21 (dram), Aidid, 16, (bass) dan Baby, 18, (gitar) popular dengan lagu Rebah Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Haziq, Putera Band


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi