suria

Bahaya… ada peminat nak kenal lebih ‘dalam’ - Kucaimars

PENYANYI baharu Kucaimars merupakan antara selebriti yang kerap berinteraksi bersama peminat dilaman Instagram.

Justeru itu, Kucai berkata dia menghargai sokongan yang diberikan oleh peminat dan perlu bersikap adil melayan mereka.

"Saya layan mereka semua macam kawan, kena sama adil dan balas komen satu-satu.

"Saya juga ada menerima mesej peribadi (DM) yang agak privasi dan berbahaya. Mereka nak kenal lebih 'dalam'," katanya kepada mStar Online.

Bercakap mengenai karier seni, pemilik nama Amirul Husyairi ini memberitahu dia mula menyanyi sejak di bangku sekolah.

Kucaimars hargai sokongan peminat.

"Sebenarnya saya mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi dan mula serius dalam bidang nyanyian bermula tahun lepas selepas video nyanyian saya tular di laman media sosial.

"Bermula daripada situ, saya menerima beberapa tawaran daripada pengurusan syarikat rakaman dan akhirnya memilih untuk bernaung di bawah Warner Music Malaysia," katanya

Dalam perkembangan terkini, Kucaimars baharu sahaja muncul dengan single baharu berjudul Jawab.

Lagu tersebut boleh didengari menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music bermula 25 Januari lalu.

Kucaimars


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi