"Jangan tengok trailer je, lepas tu sebar benda salah" - Zizan komen Polis Evo 2 dilabel 'filem sampah' - Video | mStar

"Jangan tengok trailer je, lepas tu sebar benda salah" - Zizan komen Polis Evo 2 dilabel 'filem sampah'

PELAKON utama filem Polis Evo 2, Zizan Razak meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan awal mengenai naskhah berkenaan hanya berdasarkan trailer.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, filem berkenaan mempunyai mesej tersendiri untuk dijadikan teladan.

"Orang yang dah tonton tak beri apa-apa komen, jadi saya nasihatkan supaya orang ramai tengok dulu filem ini.

"Penonton kena faham bahawa trailer mungkin memberi gambaran berbeza. Jangan sebab itu kita buat andaian salah dan sebarkan sesuatu yang tak baik," katanya kepada mStar Online.


Petikan komen netizen yang kurang senang dengan trailer Polis Evo 2

Penyanyi lagu Kau Takkan Tahu ini ditemui semasa malam gala filem Polis Evo 2 yang berlangsung pada Rabu.

Sejak beberapa hari lalu, filem yang bakal ditayangkan pada 22 November ini menjadi kontroversi susulan gerakan di media sosial yang mendesak penonton memboikot filem Polis Evo 2 kerana didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas.

Salah satu adegan dalam Polis Evo 2

Bagaimanapun Lembaga Penapis Filem (LPF) menerusi kenyataan mengesahkan bahawa filem berkenaan tidak mengandungi elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk terhadap agama Islam.

Ia juga didapati tidak bercanggah dengan peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Filem berkenaan diberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam.

zizan , polis evo 2

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel