Naim Daniel mangsa 'body shaming', tapi tak peduli 'haters' - Video | mStar

Naim Daniel mangsa 'body shaming', tapi tak peduli 'haters'

PENYANYI Naim Daniel mengakui tidak terlepas daripada menjadi mangsa 'body shaming' dan buli siber di laman sosial.

Kata Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, kritikan yang diterima lebih 'pedas' sejak dia bergelar penyanyi.

Kritikan dalam bidang nyanyian lebih pedas

"Masa mula-mula jadi pelakon tak ada pula orang nak kritik bukan-bukan.

"Jujurnya sebagai seorang pekerja seni saya tidak terlepas daripada menerima kritikan negatif sehingga cried myself to sleep apabila memikirkan kata-kata orang.

"Ada yang kecam rupa paras, ada juga yang kata suara saya ibarat selipar jamban malah yang fizikal kaki dan hidung saya turut menjadi bahan jenaka mereka,” katanya kepada mStar Online.


Suara Naim diibaratkan seperti selipar jamban

Naim ditemui semasa sesi fotografi bersama mStar Online baru-baru ini.

Selain itu pelakon filem Bisik Pada Langit ini berkata cara pemakaiannya juga sering menjadi bahan kritikan netizen kerana dikatakan agak feminin.

"Saya suka berpakaian mengikut mood. Kalau nampak feminin... ya memang pun, tapi sebenarnya ia bukan seluar perempuan, tapi memang fesyennya begitu.

naim daniel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel