Ucapan 'sweet' untuk Awal! Kagum dengar Lara Alana 'speaking' - Video | mStar

Ucapan 'sweet' untuk Awal! Kagum dengar Lara Alana 'speaking'

AKSI dan keletah Lara Alana menyampaikan ucapan ulangtahun kelahiran untuk bapanya iaitu Awal Ashaari mencuri tumpuan netizen.

Menerusi laman Instagram milik Awal, pengacara tersebut memuat naik video beserta kapsyen lucu.

"Video ini sangat istimewa bukan kerana subjek, tetapi kerana orang di belakang kamera. Boleh tahan untuk seorang amatur!

"Jadi, pensil warna sebagai ganti, kenapa tidak? Terima kasih atas ucapan hari lahir. Jumpa di Kuala Lumpur," tulis Awal.

Rata-rata pengikut di laman tersebut memuji kepetahan Lara menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris.

Malah, beberapa orang rakan selebriti turut meninggalkan komen di video tersebut.

"Pandai ya anak awak macam 'Mat Saleh' speaking," komen Datuk Seri Aliff Syukri.

"Lara sangat pandai, happy birthday daddy Lara, moga panjang umur dan murah rezeki," kata Elizad Sharifuddin.

"This is so sweet, happy birthday Awal. May all your dreams come true. Insya-Allah," tulis Neelofa pula.

Suami kepada pelakon Scha Alyahya ini menyambut ulangtahun kelahiran ke-37 pada 6 Ogos lalu.

Video yang dimuat naik pada malam Isnin itu menerima lebih satu juta kali tontonan.

Awal dan keluarga kini berada di Tokyo, Jepun.

Awal Ashaari , Lara Alana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut