suria

Janna Nick bercinta senyap-senyap?

MEMASUKI usia 23 tahun, pelakon Janna Nick menyenaraikan lima impian yang ingin dicapai dalam hidupnya.

Menurut Janna, dia berharap karier seninya terus berkembang dan berjaya.

Ditanya mengenai perkahwinan, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf ini memberitahu dia belum bersedia menamatkan zaman bujang.

Janna dilahirkan pada 1 Jun 1995.

Ujarnya, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya.

"Saya tak pernah target bila nak kahwin sebab sekarang baru 23 tahun.

"Mungkin tunggu umur 28 atau 29 tahun baru saya akan fikirkan tentang perkara ini. Sekarang ini masa untuk fokus dengan kerjaya," katanya kepada mStar Online.

Janna ditemui semasa majlis berbuka puasa dan sambutan ulangtahun kelahirannya yang diadakan di Vilej Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Janna Nick


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi