4 Pelancong Warga Asing Direman - Video | mStar

4 Pelancong Warga Asing Direman

EMPAT pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, ditahan polis selepas seorang daripada mereka cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Tawau manakala tiga lain menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis yang menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki kumpulan pelancong itu berjaya mengesan seorang daripada mereka di Tawau sebelum ditahan Jabatan Imigresen ketika cuba menaiki pesawat ke ibu negara.

Pelancong asing bogel , Gempa Sabah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi