suria

“Dahla bulan ni birthday saya, kereta pula kena tarik” - Sherry Alhadad

PENGACARA dan pelakon Sherry Alhadad sekali lagi mengiburkan peminat dengan keletah dan gelagat spontannya.

Terbaru, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad memuat naik satu rakaman video dimana kereta miliknya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana diletak di kawasan larangan.

“Pengajaran hari ini ialah jangan letak kereta merata-rata ya.

“Kasihan saya, sudah la bulan ni birthday saya, kereta pula kena tarik,” kata Sherry di Instagram.

Pengacara program Muzik-Muzik ini bagaimanapun berjaya mendapatkan kembali kenderaannya selepas membayar sejumlah denda.

Kejadian dipercayai berlaku disekitar Damansara Uptown.

sherry alhadad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi