suria

“Saya akan saman! Jangan guna gambar saya” - Zulin Aziz

PELAKON Zulin Aziz akan mengambil tindakan tegas terhadap segelintir peniaga produk kesihatan yang menggunakan gambarnya sebagai testimoni tanpa kebenaran.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, sudah empat kali dia menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga produk pelangsingan di Instagram.

“Perkara ini memang salah dan tidak boleh gunakan gambar orang lain sesuka hati kerana jika berlaku sesuatu yang buruk terhadap produk berkenaan tak pasal-pasal saya pula yang dipersalahkan.

“Kalau diikut ini adalah produk pelangsingan yang keempat, bermula di Facebook dan hari ini sahaja saya sudah jumpa dua produk yang menggunakan wajah saya di Instagram,” katanya kepada mStar Online.


Zulin beri amaran keras

Melalui hantaran statusnya di Instagram, bekas penyampai radio Suria FM ini turut menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang masih menggunakan wajahnya.

Pelakon filem Minah Moto ini turut berkata wajahnya hanya boleh digunakan untuk tujuan promosi produk pelangsingan Chocofit memandangkan sudah menandatangani kontrak bersama produk tersebut bermula Oktober.

“Kalau saya dapat dia (peniaga) tu, saya tidak teragak untuk mengambil tindakan saman.

“Namun saya sudah menerima permohonan maaf daripada dua individu dan mereka sudah menjelaskan bahawa mereka tidak jelas dengan akibat yang bakal dihadapi apabila menggunanakan gambar individu lain tanpa kebenaran,” tambah Zulin.

zulin aziz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi