suria

Kasihan Zarul Husin terpaksa berpuasa 21 jam!

PENYANYI dan pelakon Zarul Husin memberitahu dia pernah menjalani ibadah puasa sehingga 21 jam.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 44, berkata pengalaman tersebut dirasainya ketika bertugas sebagai pramugara syarikat penerbangan tempatan.

“Kalau diikutkan cabaran terbesar ialah ketika bertugas sebagai kru kabin kerana ada ketika kami akan berpuasa selama 21 jam.

“Jika dibandingkan dengan kepenatan di lokasi pengambaran, masih tidak mampu tandingi kepenatan berpuasa selama 21 jam,” katanya kepada mStar Online.

Zarul ditemui ketika Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, di sini.

Vokalis kumpulan Umbrella ini diminta mengulas pengalamannya sebagai pramugara di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama 17 tahun.

“Biasanya jika perlu berpuasa selama itu, saya akan cuba sekali sahaja dan selepas itu lebih baik tidak meneruskannya kerana mungkin memberi kesan kepada kesihatan," katanya.

zarul husin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi