suria

“Kahwin? tunggulah kad jemputan!” - Issey

PERNAH kecundang dalam perkahwinan lalu, pelawak Issey Fazlisham berkata dia menjadikan pengalaman itu sebagai panduan dalam mencari calon isteri.

Menurut Issey, dia kini lebih berhati-hati dan tidak mahu perkara yang sama berulang apabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

"Pengalaman perkahwinan lalu membuatkan saya lebih berhati-hati. Tak mahulah 'pisang berbuah dua kali' kerana perkahwinan bukan hal yang boleh dibuat main-main.

Issey sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

"Semestinya saya mahu perkahwinan seterusnya ini akan menjadi lebih baik dan sehingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun berpisah setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, penyampai radio Hot FM ini mengakui dia kini sedang mengenali seorang wanita dan tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga.

Issey tak letak sasaran waktu untuk berkahwin namun bersedia dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia tidak meletakkan sasaran waktu untuk melangsung perkahwinan tersebut.

"Ada lah kenal seseorang, tapi saya tak letak sasaran waktu bila nak kahwin. InsyaAllah, tunggu sahaja kad (undangan perkahwinan) sampai nanti.

"Saya harapkan orang ramai mendoakan yang baik-baik, apabila jodoh dah sampai, saya akan kongsikan dengan semua ya!," katanya.

Untuk temubual penuh, saksikan video yang disediakan mStar Online.

Issey Fazlisham


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi