suria

“Mesti tunjuk benda 'best' je di media sosial, walau realitinya...” – Elyana

PENYANYI Elyana berkata segala perkongsian menarik yang dimuat naik olehnya di laman sosial bertujuan memberi inspirasi dan semangat kepada masyarakat yang sedang berdepan dengan ujian hidup.

Meskipun segalanya nampak indah, Elyana memberitahu hakikatnya ia tidak menggambarkan situasi sebenar yang sedang dilalui olehnya.

"Di laman sosial saya selalu post perkara yang menarik dan best sahaja, sebab tu orang nampak saya macam tengah gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Dibayangi Takut Tidur Malam Kerana Kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Sedih Terpaksa Gugurkan Kandungan

Elyana berkongsi foto menerima rawatan penyakit kanser di laman Instagram.

"Hakikatnya ia tidak menggambarkan situasi sebenar saya yang sedang berdepan dengan penyakit kanser.

"Saya kongsi kegembiraan kerana mahu masyarakat di luar sana yang sedang berdepan ujian hidup untuk bangkit dan tidak mudah mengalah," katanya kepada mStar Online.

Pada 17 Mac lalu, mStar Online melaporkan pelakon filem Dukun ini terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac atas faktor kesihatan.

Elyana terpaksa gugurkan kandungan atas faktor kesihatan.

"Saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak," katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kalis Rindu ini mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza musim keempat.

Dalam pengumuman tersebut, Elyana mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Elyana


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi