suria

Wak Doyok mula 'cucuk jarum'

IKON fesyen, Wak Doyok mengakui soal perkahwinan belum menjadi fokus utama buat masa ini.

Wak, 38, berkata dia mahu memberikan tumpuan utama kepada perniagaan, namun dalam masa yang sama sedang mengaturkan kehidupan berumahtangga.

"Saya lebih tumpu pada perniagaan dan tak ada fokus nak cari jodoh. Kalau ikutkan nak percepatkan perkahwinan tapi kena catur dulu.

Wak Doyok bersama penyanyi Amira Othman.

"Yang penting wanita itu boleh jaga mak bapa saya. Itu lebih penting kerana isteri mungkin boleh jaga saya tapi takut tidak boleh jaga ibu bapa saya.

"Sejujurnya, setakat ni belum ada lagi teman wanita. Tapi adalah saya cuba-cuba kenal dan mereka orang biasa saja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Wak Doyok memberitahu dia ingin mencari calon isteri yang bukan dalam kalangan artis.

"Saya nak orang biasa-biasa sahaja. Apabila masing-masing sibuk dengan kerjaya seni, saya takut tak boleh jaga hati.

"Kalau ambil orang biasa yang kerja normal, mereka akan selalu ada kat rumah," katanya.

Wak Doyok


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi