suria

Terkebil-kebil Shuib dengar Siti Sarah cerita suami senang menangis

KEMESRAAN pasangan selebriti iaitu Siti Sarah dan Shuib yang ditunjukkan mereka di laman sosial sering mendapat perhatian netizen.

Ditanya mengenai sikap peribadi masing-masing, Siti Sarah berkata Shuib merupakan seorang suami yang manja.

"Sebenarnya Shuib lebih manja dan kalau dia tak sihat, dia tidak boleh berenggang dengan saya.

"Dia boleh menangis kerana saya keluar rumah terlalu lama semasa dia sakit," kata Sarah kepada mStar online.

Siti Sarah dan Shuib.

Pasangan ini ditemui pada majlis berbuka puasa artis naungan Indigital Sdn Bhd dan LOL Entertainment bersama anak yatim pada Khamis.

Sarah dan Shuib, 33, berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Dalam pada itu, mereka berdua baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada 27 Mei lalu.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Siti Sarah, Shuib


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi